Saturday, November 27, 2010

1.0 PENGENALAN
Pada peringkat awal, murid biasanya mempunyai konsep yang kurang mantap tentang ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan seperti isipadu. Mereka juga mungkin menghadapai kesukaran mengamati keabadian dalam isipadu cecair. Contohnya isipadu cecair akan berubah apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz.
Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid semakin berkembang di samping melalui pengalaman yang berkaitan. Kesedaran guru terhadap masalah murid dalam keabadian ukuran dan sukatan tentulah akan dapat membantu guru dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya merujuk kepada teori Jean Piaget untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam ukuran dan sukatan.



1.2 KONSEP UKURAN DAN SUKATAN
Terdapat dua jenis ukuran iaitu :
  1. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang dihitung, contohnya bilangan murid di dalam kelas)
  2. Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti panjang, tinggi, berat, masa dan isipadu.
Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu cirri istimewa sesuatu objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipasu cecair dan masa. Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas bagi nombor bulat dan nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui pengalaman dalam ukuran dan sukatan.

1.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UKURAN DAN SUKATAN
Pembelajaran tentang ukuran dan sukatan boleh menjadi satu pengalaman yang menarik jika seorang guru dapat :
·       Memberi peluang kepada murid menganggarkan sesuatu kuantiti fizikal sebelum aktiviti mengukur.
·       Merancang aktiviti yang membolehkan murid merekod hasil ukuran dan sukatan dengan membina jadual secara individu, kumpulan atau kelas.
·       Memberi pengalaman kepada murid dalam penyelesaian masalah supaya dapat menggunakan kemahiran mengukur dan menyukat dalam situasi kehidupan seharian.

        Anggaran harus diberi penekanan semasa menjalankan aktiviti mengukur dan menyukat. Murid digalakkan menganggar suatu ukuran dan sukatan, kemudian membandingkannya dengan ukuran yang sebenar. Melalui penganggaran dan penyemakan dengan ukuran sebenar, murid dapat memahami dengan jelas tentang apa yang diukur dan unit yang digunakan.
Guru hendaklah memberi penekanan pengalaman yang boleh membantu murid mengembangkan kefahaman tentang ukuran dan sukatan. Beberapa perbendaharaan kata yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan seperti berat-ringan, banyak –sedikit dan sebagainya harus diperkenalkan sebagai perbendaharaan praukuran dan sukatan.
Ukuran dan sukatan memberi peluang kepada guru melibatan murid dalam pelbagai aktiviti. Kebanyakan pengajaran dan pembelajaran tentang ukuran dan sukatan haruslah berpusat kepada aktiviti murid. Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah menyukat isipadu cecair.
Contoh masalah rutin :
Seorang penjual susu hanya mempunyai bekas yang boleh menyukat 3 liter dan 5 liter cecair. Bagaimanakah dia hendak menyukat susu sebanyak 7 liter dengan tepat?


Susu sebanyak 7 liter


Dalam pengajaran dan pembelajaran ukuran dan sukatan, guru hendaklah sentiasa memikirkan :
·       Apakah pengalaman sedia ada yang harus diperolehi oelh murid?
·       Apakah konsep dan kemahiran penting yang harus dipelajari oleh murid?
·       Bagaimanakah guru dapat membantu murid untuk memperolehi pengalaman ini?

1.4 BAGAIMANA MENGAJAR UKURAN DAN SUKATAN?
Diperingkat sekolah rendah, ukuran dan sukatan merangkumi penjang, berat, isipadu cecair, dan masa dan waktu. Walaupun setiap topic itu kelihatan berbeza, pengajaran dan pembelajaran dalam mengukur setiap kuantiti itu mempunyai banyak persamaan dalam proses pelaksanaan. Berikut adalah urutan langkah yang dicadangkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tajuk ukuran dan sukatan:

1.     Mengenal pasti ciri dengan membandingkan objek
·       Secara pengamatan
·       Secara langsung
·       Secara tidak langsung
2.     Memilih satu unit
·       Unit sebarangan
·       Unit piawai
3.     Membanding objek yang hendak diukur dengan unit yang dipilih
4.     Menghitung bilangan unit dengan cara
·       Membilang
·       Menggunakan alatan
·       Menggunakan rumus
Apabila satu ukuran baru diperkenalkan, kita boleh melaksanakannya dengan mengikuti urutan 1 hingga 4 beberapa kali. Setelah murid mempelajari beberapa ukuran, pusingan urutan 1 hingga 4 mungkin dapat dipercepatkan.

1.5 UNIT BAGI UKURAN DAN SUKATAN
Penggunaan unit adalah aspek yang amat penting dalam ukuran dan sukatan. Konsep unit sukar difahami dan perlu diperkembangkan melalui pelbagai aktiviti. Beberapa aspek penting dalam penggunaan unit ukuran dan sukatan ialah :
·       Satu ukuran atau sukatan mesti mempunyai nilai dan unit.
·       Dua ukuran lebih mudah dibandingkan jika satu unit yang sama digunakan. Suatu unit mungkin lebih sesuai daripada suatu unit yang lain dalam ukuran sesuatu objek.
·       Terdapat perhubungan songsang antara saiz nilai dan saiz unit yang digunakan. Penggunaan unit piawai bagi ukuran dan sukatan memudahkan komunikasi.
·       Penggunaan suatu unit yang lebih kecil dapat menghasilkan ukuran lebih tepat bagi objek yang kecil.

2.0 ISI PADU CECAIR
Sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain susu, kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti air, minyak, sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol susu, baldi, sudu dan sebagainya, yang digunakan untuk mengisi cecair tersebut.
Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan) bekas itu. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.

Kanak-kanak biasanya mudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar dan bekas yang rendah mempunyai kapasiti yang kecil.
Isi padu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu .


PENGAJARAN UNTUK MURID PENCAPAIAN TINGGI
2.1 MENGENAL KEABADIAN ISI PADU CECAIR
2.1.1 AKTIVITI : MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ DAN 
                              BENTUK.
BAHAN BANTU MENGAJAR : besen, gelas, jug, botol, air sirap
LANGKAH :




                1.       Guru menyediakan tiga bekas (A,B dan C) yang mengandungi cecair berwarna yang sama banyak. Guru menegaskan bahawa ketiga-tiga bekas mempunyai saiz dan bentuk yang sama.
                2.       Cecair di dalam bekas  A dituang ke dalam bekas A1, cecair di dalam bekas C pula dituang ke dalam bekas C1. (Bekas A1,B1 dan C1 tidak sama saiz dan bentuk)


            

                                           A               B                B1                         A1

                3.       Murid diminta memerhatikan paras cecair di dalam setiap bekas A1, B1 dan C1 dan mereka dibimbing membuat kesimpulan berikut:





Isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam
bekas yang belainan saiz dan bentuk

LATIHAN PENGUKUHAN :
Sila layari web ini untuk pengukuhan:


PENGAJARAN UNTUK MURID PENCAPAIAN RENDAH
2.1.2 AKTIVITI : MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ  
                             DAN BENTUK
BAHAN BANTU MENGAJAR : GELAS, JUG
LANGKAH-LANGKAH :



                1.       Setiap kumpulan diberi dua bekas lut sinar yang berlainan saiz dan bentuk. Bekas berkenaan mengandungi cecair berwarna yang sama isi padunya.
                2.       Murid diminta membandingkan paras air cecair di dalam kedua-dua bekas.



         
3.      Murid diminta menuangkan cecair di dalam kedua-dua bekas tadi ke dalam bekas lut sinar yang serupa



                                                   A                 B                           P         Q






                4.       Murid dikehendaki menetukan isi padu cecair tersebut dengan membandingkan paras cecair di dalam bekas P dan Q.
                5.       Guru membimbing murid membuat keputusan.





LATIHAN PENGAYAAN

 Sila layari web ini untuk permainan interaktif;

(Puzzle measuring volume)
PENUTUP

Pada asasnya, terdapat dua jenis ukuran iaitu yang melibatkan pembolehubah diskrit dan pembolehubah selanjar. Mengukur atau menyukat secara anggaran adalah penting sebelum murid didedahkan dengan mengukur atau menyukat secara tepat. Penggunaan unit adalah aspek yang amat penting dalam ukuran dan sukatan.

BIBLIOGRAFI

Fredericks, leslie M., 1992. Pembelajaran Aktif Matematik KBSR . Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Panel Hisab 1980. Panduan Mengajar Timbang dan Sukat (dalam Sistem Metrik) untuk Sekolah-sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.

 Sufian Hussin, 1993. Pengajaran Matematik KBSR. Strategi Membina Kemahiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Williams, M.E., 1975. Come and Measure –Capasity. London: Macmillan.













No comments:

Post a Comment